Saturday, 1 April 2017

Third Trimester : Menunggu si kecil Syiera !



Assalamualaikum

Lamanya syiera hiatus. Since last post memang syiera stop menulis blog. Memang rehat sungguh! Alhamdulillah, syiera dah 30 minggu usia kandungan. Mak ai dah tak lama ni. Makin hari makin nervous pulak syiera. Excited pun ada. Anak first kan. Mestilah excited sikit nak sambut orang baru. Husband syiera pun tak sabar menunggu si kecik ni.

Entri sebelum ni syiera ada cakap kan 6 minggu tapi tak nampak kantung. Rupa-rupanya, baby syiera muda seminggu dari jangkaan doktor. Kiranya masa scan awal dulu memang baru nak jadi. Sebab tu tak nampak. Kantung kosong sampai doktor syak hamil luar rahim. Tapi alhamdulillah, lepas 13 minggu, doktor scan dah nampak si kecik ni. Siap menendang lagi. Tunjuk perangai la tu! Hehehe. Doktor cakap aktif betul baby awak ni.

Taraaa!! Comel tak?

Jangkaan bersalin pada 5hb June 2016. Tapi tak tau la. Ramai cakap anak pertama selalunya awal beranak. Mak pun cakap benda yang sama. Syiera tak kisah bila pun dia nak keluar. Janji sihat. Tapi.. kalau ikut date tu tengah bulan puasa. Berhuhuhuhu la syiera tak boleh makan ketupat rendang semua. Memang raya tak macam raya la syiera. 

Gender dah confirm. Memang clear si kecik ni tunjuk. Husband syiera cakap tak segan betui dia tunjuk. Dua kali scan dua kali result yang sama. Nampaknya impian husband syiera nak baby girl bakal menjadi kenyataan. Inshaallah amin.

So far persiapan untuk baby boleh kata dah 50% siap. Baju newborn syiera tak beli banyak sangat sebab ramai cakap baby ni cepat membesar. Ada baju banyak saiz yang boleh pakai up to 3 months. Beli sikit je sebab akak syiera baru ja beranak dua tahun lepas. Dia cakap pakai ja baju anak dia. Alhamdulillah kan save bajet mak! 

Persiapan syiera banyak beli online ja since husband agak busy dengan kerja. Kat mana syiera selalu beli? Banyak jugak but mostly dekat Shopee. Memang memurah betul. Korang kena pandai la survey harga ye. Macam syiera cari yang murah tapi berkualiti. Syiera dah beli apa? Haa next entry syiera cita okay. See ya!


 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page