Saturday, 2 January 2016

Tempat Menarik Bila Bercuti Di Penang



Assalamualaikum

Baru² ni syira pi bercuti di Penang. Lebih kurang mini honeymoon laa. Husband syira last minute ajak pi bercuti. Mula tu plan nak ke Langkawi. Pakej tu ada tapi keta sewa pulak yg tak ada. So, kami pilih Penang jelah memandangkan syira tak explore lagi Pulau Pinang ni.

Penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam ni di TH Hotel Penang. Under Tabung Haji. Berdekatan dgn Bayan Lepas. Rate untuk 3h2m masa syira booked RM246.74 termasuk tax etc. Totally recommended kalau you guys mai Penang. Bilik sgt luas. Serius cakap. Antara facilities yg ada kafe, conference room, courtyard dan banyak lagi. Bilik yg syira stay tu ada aircond, tv, wifi. Tapi.. wifi slow sikit. Macam kentut ja line huhu.




Lepas check in, kami terus pi Penang 3D Trick Art Museum, Georgetown. Masa kami pi tu orang tak ramai sangat. So tak dak la crowded dalam tu kalau nak bergambar. Tiket masuk RM15/pax. You guys jangan risau dalam tu ada pekerja yg akan assist kita supaya dapat bergambar dengan betul. Bagi syira memang sesuai kalau pi dengan family.






Plan lepas tu pusing Padang Kota. Sebelah ja dengan muzium tadi. Hujan rintik masa tu. So berhujan sikit la kami. Padang Kota dah tak macam dulu. Dah cantik sekarang. Orang cakap kalau mai Padang Kota ni wajib try mee sotong & coconut shake. So here we go! Lepas penat beratur hampir setengah jam (ramai gila kot) baru dapat. Alhamdulillah memang berbaloi beratur sebab sedap. Sepinggan RM5. Kalau nak tambah extra sotong RM7. Coconut shake RM4.






Lepas makan terus pi Pesta Penang, Sg Nibong. Saja ja jalan sana. Tapi syira nak cita la kat ampa, jangan parking dekat dgn rumah orang sebab kami terkena ke terpaksa bayaq RM6. Sepanjang perumahan tu ada tuan rumah yg jaga. Nasib kami laaa sob sob. Pesta Penang ni banyak orang jual barang selain permainan macam fun fair tu. Syira tak main just jalan² cuci mata. Sempat la rembat 2 helai tshirt. Kehkeh.




Sarapan kami hari kedua di Tamcruzz Roti Bakar. Try roti bakar telur gegar. Memang bergegaq wei sebab sedap. Sampai dok teringat lagi rasa roti tu. Nak try? Nanti waze Bayan Cafe, Persiaran Bayan sebab sebelah ja Bayan Cafe. Lepas tu kami pi Bukit Bendera. Tiket masuk RM10/pax. Kalau fast lane RM30/pax. Apa beza dia? Alah konon yg fast lane tak payah beratur panjang. Sama ja bagi syira. Syira tak rushing sangat so tak kisah nak beratur. View atas tu priceless. Memang lawa.

                            
                                     
                                     

Lepas tu plan nak pi Penang Street Art tapi kecewa parking full. Mungkin peak hour kot masa kami pi. So terus tukar plan pi Gurney Plaza. Depan Gurney Plaza ni pantai so boleh la ampa nak chill lepak. Syira dah biasa lepak so just cari makan ja dalam tu. Sebab kami nak ke Batu Ferringhi lepas tu. Mesti semua tahu kan pemandangan sana memang lawa. Syira just jalan-jalan ja. Sementara tunggu Night Market Batu Feringghi. Syira sempat la belikan ole-ole utk family. Murah-murah belaka cek habaq.






Sebelum balik hotel kami perkena Nasi Kandar Line Clear. Kalau mai Penang tapi tak try nasi kandaq memang satu kerugian. The original nasi kandaq kot. Memang layan. Husband syira suka betul dapat makan. Hihi




Last day kami terus pi Snake Temple lepas check out. Dekat ja dengan hotel. Syira dengan acah berani snap dengan ulaq sawa. OMG gila geli. Sebelum balik kami singgah Queenbay. Cari makan pastu shopping sikit.





So far, perbelanjaan kami sepanjang 3 hari ni tak lebih daripada RM1200. Satu yg syira tak berapa berkenan kalau jalan tengah jammed kan semua nak hon keta. Padahai ampa tau kan jammed, nak hon apa bendanya haha. Kalau ampa mai Penang boleh la pi tempat yg syira cerita tu. Ada lagi tempat yg best macam Wonderfood, Taman Rama-rama dll.


Lama tak naik feri..Bye Penang :)


 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page