Friday, 26 June 2015

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN NEGERI KEDAH




Assalamualaikum


Sedar tak sedar kurang daripada 30 hari lagi sebelum syira bergelar isteri orang. Maigad!!Nervousnya rasa!! Perasaan bercampur aduk sekarang. Rasa happy sebab ini impian kami berdua. Almost 13 years kami kenal. Quite a long time actually. 

Rasa sedih jugak sebab emm maybe syira rasa macam tak lama lagi tanggungjawab ayah dah selesai. So semua nanti husband ja, padahal syira ni memang anak manja ayah. Apa sikit ayah. Dari kecik sampai masuk universiti semua ayah hantar ke mana saja. Ayah tak bagi syira pi sendiri. Hihi sampai macam tu sekali la. 

After all, kita hidup mesti nak berpasangan kan? So ini yang dikatakan jodoh dah sampai. Syira ni anak bongsu last dalam family. Bawah syira adik2 lelaki.Preparation alhamdulillah hampir 90% dah siap.

Okay, sekarang ni syira nak cita pasal prosedur borang kebenaran nikah. Benda penting ni. Silap isi tak boleh kawin, tipu ja. Bulan Mei lepas ayah dah ambil borang kebenaran nikah dekat imam kariah. Ambil awal supaya boleh isi awal. Tapi syira tak isi lagi pun. Start bulan jun baru isi.

Kalau ampa duduk Kedah, ampa akan dapat 3 keping borang. Sekeping borang warna kuning dalam rumi. Ampa isi ja yg mana berkaitan. Borang 1 dalam jawi untuk bakal suami ampa isi. Lebih kurang pengakuan belum beristeri gitu. Kena pengesahan imam ye yang ni. Borang 2 dalam jawi jugak, yg ni kedua2 kena isi berserta maklumat saksi. Saksi belah perempuan dan lelaki. Tulis jawi ke rumi? Ikut imam ampa la. Macam syira, rumi semua sebab imam tu kata jawi zaman sekarang dah tak macam dulu.






DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN
  • Salinan kad pengenalan wali
  • Salinan kad pengenalan kita dan pasangan
  • Salinan dan sijil asal kursus perkahwinan
  • Keputusan saringan HIV/AIDS
  • Salinan kad pengenalan saksi

Perlu diingatkan borang ni kena hantar SEBULAN sebelum tarikh nikah. Macam syira nak nikah 18 Julai, so dalam 18 Jun pi submit. Sebab borang ni valid sebulan ja daripada tarikh submit. Syira submit hari tu 24 Jun. So valid sampai 24 Julai. Paham ke tak? Hihi. Kenapa ada yg kata 2 bulan awal? Yg tu tak silap syira kalau ampa kawin dengan orang yg tak sama daerah/negeri. Contohnya, kedah dengan penang. 

So yg lelaki dapatkan kebenaran dekat negeri ampa dulu pastu bagi dekat gegurl untuk submit. Agak rumit depa kata. Selamat syira satu kariah ja. Senang ja pi sekali. Ada orang cakap kena interview @ temu duga sebelum nikah. Haaa yang ni ikut negeri. Kalau Penang ada, Kedah pun ada. Rasanya laa..

24 jun hari tu, syira dgn tunang pi submit. Seawal 10 pagi jugak kami pi. Alhamdulillah tak ramai orang. Masa sampai ja terus dipanggil di kaunter. Depa check borang kami. Okay lengkap. Kami dikenakan bayaran RM24 dan diberikan sekeping borang ikrar. Yaa! Borang ikrar. Lebih kurang pengakuan nak nikah la. Kedah unik sikit, kena baca ikrar dalam bahasa jawi. So dinasihatkan polish sikit bahasa jawi ampa. Tapi ayat simple ja. Dont worry.

Lepas 5 minit, kami dipanggil masuk untuk berjumpa dengan ustaz. Perasaan masa tu cuak sikit. Sikit jelah. Haha. Duduk ja atas kerusi, ustaz tu tanya “Boleh baca jawi dak?”. Serentak kami dua jawab “Boleh” haha. Then ustaz tu cakap “Kalau macam tu yg lelaki baca dulu baru perempuan”. Tunang syira baca slow ja. Settle. Then syira baca. Syira rasa macam syira rapping sebab laju nau baca. Tak tau mungkin sebab nervous ke apa. Tindakan automatik agaknya kalau nervous.

Dah selesai baca ikrar, ustaz tu belek kalendar. “Okay, nanti 13 Julai mai ambik borang”. Dalam hati syira, “Aik tak kena interview ka?”. Beriya depa dok kata kena interview. Tapi tak tau maybe ustaz ni malas tanya agaknya. Hahahah ampa be prepare jelah kot2 nanti kena tanya tak dak la gabra. Hihi. 
See ya!



Thursday, 11 June 2015

KKM SPOTCHECK POSLAJU?


Assalamualaikum

Kecoh betul sekarang ni isu KKM/Kastam ambush courier Poslaju, Citylink dan sebagainya. Ekoran tu ramai seller online memaki hamun. Termasuk syira pun terkesan dengan apa yg berlaku. Sobs sobs

Sekarang ni bukan soal supplement tu original ke ada lulusan kkm ke tak, yang mana disyaki pun kena jugak. Yg menyedihkan segala kos plastik pos yg dirobek tak ditanggung. Kesian customer yg terima barang rosak. 

Dua kemungkinan je sekarang, sama ada barang kena rampas (kalau tidak menepati syarat) atau barang tu rosak @ hilang. Hilang ni lagi la parah. Putih mata. Bukan nak buruk sangka, tapi kejadian kecurian di kalangan staff poslaju pernah berlaku dan nasib penjual/pengguna tak terbela pun. Kat mana silapnya?

Syira kelu lidah nak berkata. Tapi terus terang sangat tidak bersetuju dgn apa yg berlaku. Menyusahkan ramai pihak. Setakat sekarang customer terima parcel ok lagi. Tak da rosak lg. Hopefully cepat2 la reda. Dah berbulu tgk ambush sana sini.








Monday, 8 June 2015

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan



Assalamualaikum


Lama betul syira tak update blog. Sememangnya syira busy sangat sekarang ni. Dah tak macam dulu dah. Sibuk bisnes. Andddd sibuk nak kahwin. Pewwiittttt :p Syira baru ja selesai menjalankan ujian saringan HIV. Nak kahwin sekarang macam-macam prosedur. Sabar jelah. 

Seawal 8 pagi syira dah terpacak dekat Klinik Kesihatan. Mak datuk ramai betul rakyat jelata. Syira dapat nombor giliran gila jauh ke belakang. Hampir 50 orang jugak sementara nak sampai giliran syira. Sampai ja giliran syira, staff nurse kasi nombor giliran lain pulak. Tunggguuu lagi.

Lepas 10 minit macam tu, nama syira dipanggil lagi. Syira dikenakan bayaran RM1. Pastu kena isi form. Isi nama apa yg patut. Macam nak jawab exam pun ada kena tick macam2. Lepastu tungguuuu lagi sampai la masuk jumpa doktor. Guess what? Kena kaunseling pulak. Doktor cerita serba sedikit mengenai apa itu HIV, punca HIV etc. Dalam hati syira, "aku pun tau laaaa"

Then barulah sampai masanya untuk ambik darah. Perasaan? Nervous sikit sebab syira tak boleh tengok darah. Istigfar syira masa staff cucuk jarum. Darah tak kuaq pulak dah. Yang ni syira stress. Sebab jarum terpaksa dicabut semula. Lepas tu cucuk balik, Alhamdulillah nak jugak darah kuaq. Tak nak berpisah dgn syira tadi lols. 

Dah settle ambik darah, syira kena bawak sample darah ke makmal untuk lab test. Result HIV kena tunggu dalam 30 minit. Beria ja akak syira cakap kena tunggu 2 minggu la nak tau result. Lepas 30 minit, nama dipanggil. Masuk jumpa doktor untuk dapatkan sijil ujian HIV. Yeayyy!! NEGATIF. Alhamdulillah. Dah boleh kahwin. Hahahahhahah!!




Tapiiiii.. yang tak bestnya syira kena buat Talasemia Screening sebab HB syira sangat low. Takut pembawa Talasemia. Talasemia tu apa? Basically kurang darah merah sobs. Patut la syira selalu tak lepas nak donate darah. Boleh donate tapi lepas donate confirm pengsan haha. Syira dah settle ambik darah untuk Talasemia cuma result belum kuaq. Bulan 8 katanya. Lama betul,

Apa-apa pun Ujian HIV dah settle. Valid sampai 6 bulan tau. Ada benda lain lagi yang tak settle. Borang nikah tak submit lagi. Hantaran lagi. Ala mak serabut. Doakan syira ye!








                                    
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page