Wednesday, 4 June 2014

KURSUS PERKAHWINAN : ALHAMDULILLAH DAH DAPAT SIJIL




Assalamualaikum



Baru-baru ni syiera menghadiri kursus pra perkahwinan di Hasani Sungai Petani. Yuran masih RM80. Bila pikir-pikir balik, rasa macam rugi pulak tak ambik masa akhir sem dulu dekat uitm. Yuran lebih murah kalau ambik anjuran uitm. RM60 kot kalau tak silap syiera. Sooo.. meh syiera story sikit apa yang syiera belajar sepanjang dua hari berkursus.


HARI PERTAMA ( 31 MAY 2014 )

8.00 am – 8.45 am – PENDAFTARAN

Alahaiii.. syiera sampai punya la awal. Pukul 7.30 pagi dah terpacak kat sana. Hehe ada lah dua tiga kerat dalam dewan tu. Kaum Adam sorang pun tak sampai lagi. Well.. haha. Tapi lambat sangat nak bermula, pukul 9.30 baru start ceramah.

9.30 am – 11.00 am - PERKAHWINAN & PROSEDUR

Ceramah pertama hari ni. Tajuk ni simple je. Perkahwinan tu apa. Bla bla bla... bagitau prosedur macamana. Nak kawin kena isi borang ni, borang tu. Kena jalankan ujian HIV/AIDS. Macam-macam lagi la. Selamat ustaz ni lawak. Tak da la mengantuk sangat.

11.00 am – 11.15 am – REHAT PAGI

Kita makan duluuuu. Makan pagi disediakan oleh penganjur. Roti sosej. Alhamdulillah kenyang walaupun tak habis. Syiera jarang makan pagi.

11.15 am – 12.45 pm – PENGURUSAN KESIHATAN

Tajuk kedua. Topik ni pun simple jee. Agak bosan. Sebab penceramah serius. Hahahahaha. Bila cerita pasal kesihatan, lepas tu penceramah agak serius, so agak membosankan. Tapi... still fokus. Bayar punya pasal. Terpaksa la fokus. Kebanyakan benda yang kita dah belajar masa sekolah dulu. HIV/AIDS tu apa... Punca kenapa.. Cara nak mengatasi.. Bla bla bla.. *tutup mulut*

12.45 pm – 2.15 pm – REHAT TENGAHARI & SOLAT

Kita rehat duluuuu. Makan nasi ayam tengahari ni. Alhamdulillah kenyang. Pukul 2 macam tu, syiera balik ke Hasani semula.

2.15 pm – 4.15 pm – PENGURUSAN SUMBER KELUARGA & HUBUNGAN DALAM KELUARGA

Tajuk last hari pertama. Cerita macam mana nak menjaga hubungan suami isteri. Aiseh... tetiba lak kena belajau semua ni. Lawak sangat ustaz ni. Tergelak syiera. Hahahahha. Lelaki kena jaga perasaan isteri. Si isteri kena menjaga penampilan diri depan suami. Lebih kurang macam tu la.


HARI KEDUA ( 1 JUNE 2014 )

8.45 am – 9.00 am – PENDAFTARAN

Daftar macam biasa. Setiap sesi kena tanda tangan tau. Menandakan kita hadir pada setiap sesi. Jadi tak da sebab nak curi tulang ke apa ye. Otherwise, tak dapat sijil la jawabnya.

9.00 am – 11.00 am – IBADAH & AKHLAK

Tajuk simple. Benda yang kita dah belajar. Ibadah tu apa? Taat kepada... bla bla bla. Nasib tak mengantuk sangat. Sebab ustaz ni loqlaq orang kedah habaq. Lawak memanjang. Ala, saja tak nak kami semua mengantuk pagi-pagi ni.

11.00 am – 11.15 am – REHAT PAGI

Makan macam biasa. Menu hari ni nasi lemak. Alhamdulillah kenyang sangat.

11.15 am – 1.15 pm – RUNDINGCARA & PENGURUSAN STRESS

Runding cara ni dikendali sendiri oleh pegawai pejabat agama negeri. Ustaz ni tak banyak huraikan tajuk. Sebaliknya lebih suka cerita pengalaman beliau sepanjang beliau mengendalikan kes-kes masalah rumah tangga. Seronok dengar. Macam-macam kes yang berlaku yang jarang syiera dengar. Tetapi kebanyakkan kes keganasan terhadap kaum isteri la.

1.15 pm – 2.30 pm – REHAT TENGAHARI & SOLAT

Menu tengahari syiera, nasi putih dengan tom yam ayam. Perghhh terbaik sangat tom yam asli daripada thailand ni. Kalau korang ada datang Sungai Petani, boleh try tom yam di Asama Restoran.

2.30 pm – 4.30 pm – AKIDAH & PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Tajuk last. Yeayyy, suka nau syiera. Ustaz paling santai, paling sempoi, paling loqlaq. Memang sepanjang beliau bagi ceramah syiera gelak ja. Tak kering gusi gelak. Beliau tak banyak kupas silibus yang disediakan. Banyak cerita pengalaman jugak. Tapi syiera suka. Sebab santai sangat. Sekali sekala beliau ada soal peserta jugak. Cuak tak? Cuak? Alahhhh, relax la. Soalan simple.

4.30 pm – 5.00 pm – LATIHAN DALAM KUMPULAN

Haaaa.. part last. Ada ujian pengetahuan asas Islam. Cuak lagi sekali tak? Alahhh sekali lagi. Tak payah cuak. Soalan basic je. Nak tahu tak? Okay, meh syiera bagi soalan bocor. Rasanya sama je satu Malaysia. Sebelum pegi boleh buat homework sikit. Hehe okay, nah. Soalan berkaitan bariskan kalimah syahaadah, rukun islam, rukun iman, sifat Allah SWT, nama-nama Malaikat, nama-nama Nabi, perkara yang membatalkan akidah, perbuatan yang diharamkan semasa hadas besar, perkara membatalkan wuduk, keadaan yang diharamkan pasangan bersama (jima’) dan soalan berkaitan talak. Tudiaaaaa... habis semua syiera kasi. Walaupun simple tapi ada jugak yang tak boleh jawab. Kena skor 80/100 untuk lulus katanyaaa. Punya la beriya syiera jawab. Last sekali ustaz tu cakap “ Tak payah jawab la. Dah lulus dah. Bawak balik rumah ja.” Haahahahaha.okay kena game dengan ustaz ni. Grrrrr.

Selesai penyampaian sijil perkahwinan kami bersurai. Yeayyy! Dah dapat sijil. Boleh kahwin dah. Okay tipu. Saja la syiera ambik siap-siap. Dengar cerita dalam masa terdekat ni satu Malaysia, kursus perkahwinan akan dijalankan selama lima hari. Bukan dua hari lagi. Tak tahu la bila akan dikuatkuasakan. Okay korang, semoga apa yang syiera cerita ni boleh kot jadi guideline sebelum pegi nanti. Yang bab ujian tu, don’t worry, ada negeri tak da pun. Tapi tak sure la. Pape pun buat homework dulu okay. Tata.


Sekitar dewan Luqman Hakim


Ujian Pengetahuan Asas Islam


Dah dapat sijil. Yeayyy.


Muka happy dapat sijil Hehe


Thanks for reading =)


6 comments:

  1. Eh? Kene jwb periksa? Mase ana ambik dulu, takde pun. Kitorg just dengar, pastu balik. Next day dia pos je sijil kursus.

    ReplyDelete
  2. assalam nak tanya ..pemaiakan untuk lelaki dan perempuan macam mana...okay tak pakai kemeja ?

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page