Monday, 30 June 2014

AKHIRNYA..KAMI BERTUNANG



As-salam


Alhamdulillah.. syiera dah selamat bergelar tunangan orang pada 27 June yang lalu. Dah masuk tiga hari la kalau ikut pengiraan. Sebenarnya perancangan untuk bertunang last minute. Encik tunang bagitau syiera dua minggu sebelum tarikh 27th tu. Ya Allah.. bila fikir balik sempat ke nak buat persiapan. Syiera relax lagi. Yang terkejut sikit mak syiera. 


"Mak, kalau syiera bagitau ni marah tak?"
"Bagitau apa?"
"Ada orang masuk minang" *sambil muka merah malu*
"Hmm nak marah pasaipa. Masuk lah."

Okay. Mak cool lagi masa ni.. Then..

"Kalau syira bagitau lagi ni marah tak?"
"Apa dia? Habaq la"
"Depa nak mai hujung bulan ni"
"Ha?? Lagi dua minggu??"


Tapi alhamdulillah setelah berbincang dengan famili, semua setuju. Yelah, dah orang nak masuk meminang takkan nak ditolak pulak. Ayah syiera paling cool. Tenang ja masa syiera bagitau. Daddy cool la katakan. Sepanjang persiapan dibuat, syiera banyak dibantu oleh kakak syiera. Dia lah yang bawak syiera ke hulu hilir. Cari barang hantaran dan langsir semua. Bahagian juadah syiera serahkan kepada ayah syiera. Bagi duit dekat ayah, settle. Ayah lagi expert bab kenduri.


Syiera bersyukur sebab ada saudara mara yang baik hati nak sponsor hantaran. Mula-mula syiera nak beli je dulang hantaran, tapi kawan mak cakap tak payah. Guna yang anak dia punya dulu. Alhamdulillah dapat sponsor lagi. Berapa yang syiera belanja untuk tunang? Hampir RM1000 jugak. Tapi alhamdulillah, hasil rezeki sepanjang syiera berbisnes online, so masalah kewangan tu tak timbul sangat. Masa yang menjadi kekangan dalam syiera nak buat persiapan dan bisnes lagi. 


Tiba hari pertunangan, perasaan tu semakin berdebar-debar. Ada juga timbul perasaan ragu-ragu dua tiga hari sebelum tunang. Tapi bila teringatkan pesan mak yang syaitan akan hasut kita supaya timbul ragu dan was-was terus syiera lempar jauh-jauh semua perasaan negatif ni. Mekap pada hari tu, syiera sendiri yang mekap. Sebab encik tunang tak suka mekap tebal-tebal. Baju? Syiera beli yang siap punya. Simple je. Fabrik lycra selesa dan ada manik sikit dekat bahagian perut dan pergelangan tangan baju. Masa rombongan lelaki tiba, sekejap je dorang bincang. Tak silap syiera lepas 10 minit, syiera dipanggil keluar untuk disarungkan cincin. Haaa.. masa ni la Allah je tau betapa gementarnya syiera. Alhamdulillah.. semuanya selesai seperti yang syiera rancang. Finally, we're officially engaged after 11 years. Syukur.

Nervous gila time ni.. hehe

Salam yang agak lama. 
Nak bagi dorang tangkap gambar la katakan. Haish.

Part ni pun lama jugak dok pose macamni..

Ini lah mak syiera. Sama tak muka?

Hantaran daripada kedua-dua belah pihak

Pelamin hasil dekorasi kakak

And lastly......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Ni lah encik tunang syiera ☺☺




SEKIAN. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.







CPUV/BE : SAYANG NUFFNANG!!



As-salam


Alhamdulillah, check semalam ada 4 cpuv tengah on going. Rezeki bulan Ramadhan. Sayang nuffnang. Muahhh ☺☺






Thursday, 26 June 2014

REVIEW : Movie "Wrong Turn"



As-salam


Malam-malam ni tertiba nak tengok movie seram atau slasher atau lagi tepat melibatkan darah. Syiera lebih takut cerita bunuh-bunuh, orang makan orang daripada cerita hantu. Salah satu cerita yang paling gerun syiera pernah layan koleksi movie Wrong Turn. Tak silap syiera, movie ni ada lima sequal kesemuanya. Setakat mana yang syiera pernah tengok la. Ada yang cakap dah sampai enam. Haha. Tapi bakal release tahun ni katanyaaa.


Okay meh syiera kasi sinopsis sikit. Cerita ni mengisahkan makhluk2 manusia. Yaa manusia macam kita yang menjadi korban penyalahan zat kimia. Bab kimia ni sebenarnya syiera kurang faham mana datang tumpahan kimia. Sebab dorang memang terminum sumber air yang mengandungi kimia sehingga dorang menjadi mutan (dah macam X-Man pulak) yang ganas dan gemar memakan daging MANUSIA !! Dorang ni tinggal dekat West Virginia. Setiap sequal semua pegi sana dan mereka ni terer sangat bagi orang sesat jalan (sebab tu tajuk wrong turn sebab salah kona orang kedah habaq) supaya memasuki kawasan dorang. 


Memang dorang terer la nak perangkap orang. Yang heran, bila dorang kena tikam tak pulak mati. Betul2 kuat sistem imuniti dorang ni. Muka makhluk ni Masyaallah teruk bebenor syiera tengok. Sapa tengok kali pertama mesti terbayang-bayang. Huduh nauu..  Syiera sarankan kalau nak tengok, better tengok daripada sequal pertama. Takut tak faham sebab dia macam berkaitan sikit. Sikit jelah tak banyak. Bagi yang lambat pick up macam syiera ni wajib layan dari awal. Kalau tak blurrrrr... 


Filem ni memang brutal habis. Gua cakap sama lu memang macam real je dorang acting. Potong-potong badan orang tanpa belas kasihan. Yang paling syiera terasa kesakitan Wrong Turn 4, suka suki je dorang melapah daging mamat tu hidup-hidup. Menggigil satu badan syiera. Hahahaha. Yang paling kelakar, siap potong bawang tu. Agaknya nak buat sup kot. Serius kejam. 


Movie ni syiera sarankan tidak sesuai bagi tontonan umum terutamanya preggy women, pesakit kronik, bebudak bawah umur sebab satgi terkejut tergempar naik darah tinggi pulak. Heee.. Ada certain part 18++ dan part yang terlebih brutal potong-potong, tarik segala usus perut, patah riuk tulang. Nak termuntah, terloya, terpening semua ter lah masa syiera tengok. So bukan untuk tontonan famili la ye. Dengan kawan-kawan okay. Macam syiera, syiera layan dengan housemates syiera sebab syiera penakut darah. tettt. Tapi nak tengok gak dalam takut pun. Hahahaha.


WRONG TURN (2003)



WRONG TURN 2 : DEAD END (2007)



WRONG TURN 3 : LEFT FOR DEAD (2009)



WRONG TURN 4 : BLOODY BEGINNINGS (2011)



WRONG TURN 5 : BLOODLINES (2012)



Nak tengok online?

Search je "Wrong Turn" mesti kuar. Rasa ada lagi dalam website tu.
Till then bubyeee. Enjoy.







Giveaway Nisfu Sya'ban





TAMAT 1 JULY 2014






BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA




BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :)





Wednesday, 25 June 2014

WORDLESS WEDNESDAY




Current mood: Penatnyaaaa....







Saturday, 21 June 2014

REVIEW : Movie "Life As We Know It"




Assalamualaikum



Saja malam-malam syiera nak share movie kegemaran syiera. Boleh dikatakan dah banyak kali syiera layan. Seronok sangat ke? Haha yes! Memang best movie ni. Ada part lawak tahap gaban. Ada part sedih. Hmm. Lakonan Katherine Heigl dan Josh Duhamel. Auww syiera minat sangat Josh Duhamel sejak berlakon dalam Transformers. Tapi dah jadi bapak orang kan. Tettt... 

Sinopsis

Mengisahkan mengenai dua orang yang awalnya saling membenci satu sama lain, Holly Berenson (Katherine Heigl) dan Eric Messer (Josh Duhamel) yang terpaksa hidup bersama setelah mereka ditugaskan untuk menjaga Sophie, seperti surat wasiat yang ditinggalkan oleh dua sahabat mereka, pasangan Peter Novak (Hayes McArthur) dan Alison Novak (Christina Hendricks), setelah mereka berdua terlibat dalam kemalangan. Part ni banyak la part yang kelakar habis. Sebab masing-masing tak pernah jaga baby. Tetiba kena jadi parents angkat pulak. 
Life as We Know It juga kemudian menggunakan plot cerita tambahan adanya orang ketiga yang hadir diantara kedua karakter utamanya, Sam (Josh Lucas) yang mampu menarik perhatian Holly. Dalam masa yang sama pun Eric ni ada orang lain. Tetapi sama-sama menyimpan perasaan di antara satu sama lain.
Kelakar part ni. Pipi Holly terkena poo poo si Sophie

Terpaksa melayan kartun

Part sophie belajar berjalan

Part ni syiera rasa tak boleh blah. Dodoikan baby dengan lagu Radiohead. Hahaha


Okay, hopefully korang suka. Serius best movie ni. Syiera kasi 5 bintangggg !!!
Byeee, selamat malam :) Enjoy.






Thursday, 12 June 2014

Pernah Ditipu Dan Tidak Dibayar Payment Untuk Job Review




Assalamualaikum




Selamat pagi. Bangun pagi terus mengadap laptop. Entah kenapa sejak dua menjak ni selepas subuh, mata tak nak lelap dah. Well, syiera mengaku ada jugak 'terbabas' selepas subuh. Hehe kalau kepenatan sangat la. Eleh korang tak payah nak gelak sangat. Korang pun mesti pernah tertidur lepas subuh kan. Pffttt. Betul? Hahaha. Okay, back to our topic. 


Syiera buat job review? Tak caya? Haha yelah syiera blogger suam suam kuku ja. Ada lah sikit-sikit side income sepanjang blogging. Syiera sebenarnya freelance marketer sometimes consult business individu lain. Yelah, dah itu yang syiera belajar sepanjang tiga tahun. Marketing, marketing, marketing. Orang cakap bebudak marketing kuat kencing orang. Hello, kita bukan kencing. Kita pandai manipulasi target market dia supaya membeli. Yes, that's how we do it. Kalau tak korang tak beli lah biskut extra 50g!!!! Eleh, itu semua marketing ja. Tak da pun extra tu. Serius, trust me. Haha. 


Syiera pernah kena tipu dengan satu online shop ni. Syiera pun tak pasti macam mana beliau dapat nombor telefon syiera. For the first time, beliau hubungi syiera melalui whatsapp. Beliau sampaikan hasrat nak minta khidmat syiera review online shop beliau yang baru saja bertapak. Okay, syiera pun cool jelah. Seperti yang kitaorang deal, syiera akan dibayar sebanyak sekian sekian. Syiera akan review online shop beliau di blog, facebook dan instagram syiera. Okaay cun. Deal.


Selepas dua hari, syiera dah siap review hape semua, syiera whatsapp beliau. Yelah nak bagitau dah selesai semuanya.

" Salam awak, syiera dah review. Done :D "
(syiera sertakan sekali link hape semua)

Beliau balas

" Thank you syiera! Wah lain macam cara you review "
(Aku tak tau apa yang lain macamnya)

" Biasa je awak "
(Ringkas je aku balas)

" Okay syiera, nanti i bank in. Tapi sekarang i dekat kampung.... "
bla bla bla ada lagi dia cakap.

" Sure boleh. Catch me later "

Selepas beberapa hari, syiera tunggu punya tunggu tiada tanda-tanda pun beliau nak bayar. Syiera pun bersangka baik. Mungkin bank jauh ke dekat kampung dia. Errrrrr.. tak tau la kalau kampung jauh hulu pendalaman ke. Kot la kan. 


Selepas dua minggu, kesabaran sudah hampir menipis. Syiera whatsapp beliau tanya. You know what? Beliau blocked syiera daripada whatsapp. What the.... Geramnya. Haha tapi cool lagi. Orang macam ni memang nak main psiko dengan syiera. Fine! Syiera malas nak argue sangat. Sejurus lepas tu syiera delete post review daripada instagram dan facebook. Puas hati. Hahahahaha. Yelah, selalunya semua post review syiera takkan delete. Memang kekal. Cuma entry di blog syiera tak delete. Tak pe biarlah. Syiera ikhlaskan entry ni kekal dalam pencarian pak cik google.


Kecewa ke syiera? Ada sikit Haha. Okay, first. Dalam dunia ada je orang macam ni. Jujur tu benda paling susah kita nak cari. Lebih-lebih daripada orang yang kita tak kenal. Tapi tak pelah, whatever it is, semua ni mengajar syiera supaya lebih berhati-hati. Kalau lepas ni syiera nak buat review dengan lebih serius, mungkin akan ada hitam putih. Hahaha. Untuk masa sekarang, syiera ada buat review instashop. Alhamdulillah, sepanjang di instagram tiada lagi kes macam ni. Bayar dulu baru jalan. So hopefully korang berhati-hati. Jangan terkena macam syiera ni. Tapi tak pe. Experience is the best teacher. Gituuu.





Wednesday, 11 June 2014

(REVIEW) Nyx Soft Matte Lip Cream



Assalamualaikum


Kali ni syiera nak review lip cream yang best sangat keluaran Nyx Cosmetics. Syiera sememangnya dah lama usha lip cream ni. Dok pikir nak beli ke tak. Nak beli ke tak. Akhirnya terbeli. Aiseh ter pulak. Hahaha. Okay. Apa yang best?


Sekarang trend gegirl pakai lipstick matte sebab kurang shining dan long lasting. Maksudnya dari pagi sampai malam pun still bertahan. Tekstur lip cream ni lebih pekat berbanding lip gloss biasa. Syiera suka pakai light-light je. Tak suka sangat pakai tebal-tebal. 


Pilihan syiera adalah kod SMLC01 Amsterdam. Amboi ada nama bagai. Yes. Setiap kod ada nama tersendiri. Warna kod ni merah darah macam tu. Tak terlalu merah sangat sebenarnya. Merah nak keorenan gitu. Betul ke bahasa aku ni? Harap korang faham la ye. Tak silap semua ada 22 pilihan warna kot. Rambang mata den nak pilih. Akhirnya amsterdam jugak yang syiera pilih. Sebenarnya nyx smlc ni ada replica tau aka fake. Tapi quality okay la. Cuma tak macam original punya. Syiera beli memang yang original daripada USA. Daripada trusted seller.



PERBEZAAN NYX SMLC FAKE DENGAN ORIGINAL

Yang ori tiada tamper wrapper


Yang fake lebih panjang


Setiap smlc ada barcode yang berlainan. Kalau yang fake, barcode sama je. Yang paling penting warna mesti mengikut kod warna seperti di bawah






TESTIMONI SYIERA



BEFORE



AFTER




YANG NI VERSI MINAH SALEH PAKAI
(Merahnya mak ngah.. )




Okay itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. Peace.


NAK BELI?





WORDLESS WEDNESDAY: TIK TOK TIK TOK RAMADAN




Assalamualaikum





Tuesday, 10 June 2014

Pos Laju Rosakkan Barang?



Assalamualaikum


Sejak dua menjak ni servis pos laju agak down. Tracking number tak update dalam sistem. Bila check, tak rekod. Hmmmm... Bila call pos laju, diorang cakap peak season nak puasa. Nak raya. So busy. Kalau tak update pun, kenapa masih belum deliver? Dah lima hari pos out. Tapi belum sampai. 


Yang paling menyedihkan, syiera terima wasap daripada customer. Barang rosak. Ibu putih collagen drink tumpah hampir setengah jar. Salah siapa? Kita dah balut sebaik mungkin. Siap bubble wrapping lagi. Hmm.. What happened pos laju? Syiera syak barang dicampak masa urusan transit. Padahal kita letak sticker 'fragile'. 


Hopefully pos laju lebih efficient dalam improving service diorang. Kesian customer syiera. Nasib dia okay. 




Monday, 9 June 2014

Macam ni rupanya blog versi mobile..



Assalamualaikum..


Tak pernah online guna handphone. Sebelum ni, syiera guna apps bloggeroid tapi kurang efficient la apps tu. Kerap crash. Naik fed up jugak. Hehe. Last-last sekali guna google chrome jugak. Okay laa.. Then tengok blog versi mobile macam ni rupanya.. Ek eleh kepoh betul syiera kan. 


P/s: Lama betul syiera tak join giveaway. Apa yang best sekarang?




Wednesday, 4 June 2014

KURSUS PERKAHWINAN : ALHAMDULILLAH DAH DAPAT SIJIL




Assalamualaikum



Baru-baru ni syiera menghadiri kursus pra perkahwinan di Hasani Sungai Petani. Yuran masih RM80. Bila pikir-pikir balik, rasa macam rugi pulak tak ambik masa akhir sem dulu dekat uitm. Yuran lebih murah kalau ambik anjuran uitm. RM60 kot kalau tak silap syiera. Sooo.. meh syiera story sikit apa yang syiera belajar sepanjang dua hari berkursus.


HARI PERTAMA ( 31 MAY 2014 )

8.00 am – 8.45 am – PENDAFTARAN

Alahaiii.. syiera sampai punya la awal. Pukul 7.30 pagi dah terpacak kat sana. Hehe ada lah dua tiga kerat dalam dewan tu. Kaum Adam sorang pun tak sampai lagi. Well.. haha. Tapi lambat sangat nak bermula, pukul 9.30 baru start ceramah.

9.30 am – 11.00 am - PERKAHWINAN & PROSEDUR

Ceramah pertama hari ni. Tajuk ni simple je. Perkahwinan tu apa. Bla bla bla... bagitau prosedur macamana. Nak kawin kena isi borang ni, borang tu. Kena jalankan ujian HIV/AIDS. Macam-macam lagi la. Selamat ustaz ni lawak. Tak da la mengantuk sangat.

11.00 am – 11.15 am – REHAT PAGI

Kita makan duluuuu. Makan pagi disediakan oleh penganjur. Roti sosej. Alhamdulillah kenyang walaupun tak habis. Syiera jarang makan pagi.

11.15 am – 12.45 pm – PENGURUSAN KESIHATAN

Tajuk kedua. Topik ni pun simple jee. Agak bosan. Sebab penceramah serius. Hahahahaha. Bila cerita pasal kesihatan, lepas tu penceramah agak serius, so agak membosankan. Tapi... still fokus. Bayar punya pasal. Terpaksa la fokus. Kebanyakan benda yang kita dah belajar masa sekolah dulu. HIV/AIDS tu apa... Punca kenapa.. Cara nak mengatasi.. Bla bla bla.. *tutup mulut*

12.45 pm – 2.15 pm – REHAT TENGAHARI & SOLAT

Kita rehat duluuuu. Makan nasi ayam tengahari ni. Alhamdulillah kenyang. Pukul 2 macam tu, syiera balik ke Hasani semula.

2.15 pm – 4.15 pm – PENGURUSAN SUMBER KELUARGA & HUBUNGAN DALAM KELUARGA

Tajuk last hari pertama. Cerita macam mana nak menjaga hubungan suami isteri. Aiseh... tetiba lak kena belajau semua ni. Lawak sangat ustaz ni. Tergelak syiera. Hahahahha. Lelaki kena jaga perasaan isteri. Si isteri kena menjaga penampilan diri depan suami. Lebih kurang macam tu la.


HARI KEDUA ( 1 JUNE 2014 )

8.45 am – 9.00 am – PENDAFTARAN

Daftar macam biasa. Setiap sesi kena tanda tangan tau. Menandakan kita hadir pada setiap sesi. Jadi tak da sebab nak curi tulang ke apa ye. Otherwise, tak dapat sijil la jawabnya.

9.00 am – 11.00 am – IBADAH & AKHLAK

Tajuk simple. Benda yang kita dah belajar. Ibadah tu apa? Taat kepada... bla bla bla. Nasib tak mengantuk sangat. Sebab ustaz ni loqlaq orang kedah habaq. Lawak memanjang. Ala, saja tak nak kami semua mengantuk pagi-pagi ni.

11.00 am – 11.15 am – REHAT PAGI

Makan macam biasa. Menu hari ni nasi lemak. Alhamdulillah kenyang sangat.

11.15 am – 1.15 pm – RUNDINGCARA & PENGURUSAN STRESS

Runding cara ni dikendali sendiri oleh pegawai pejabat agama negeri. Ustaz ni tak banyak huraikan tajuk. Sebaliknya lebih suka cerita pengalaman beliau sepanjang beliau mengendalikan kes-kes masalah rumah tangga. Seronok dengar. Macam-macam kes yang berlaku yang jarang syiera dengar. Tetapi kebanyakkan kes keganasan terhadap kaum isteri la.

1.15 pm – 2.30 pm – REHAT TENGAHARI & SOLAT

Menu tengahari syiera, nasi putih dengan tom yam ayam. Perghhh terbaik sangat tom yam asli daripada thailand ni. Kalau korang ada datang Sungai Petani, boleh try tom yam di Asama Restoran.

2.30 pm – 4.30 pm – AKIDAH & PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Tajuk last. Yeayyy, suka nau syiera. Ustaz paling santai, paling sempoi, paling loqlaq. Memang sepanjang beliau bagi ceramah syiera gelak ja. Tak kering gusi gelak. Beliau tak banyak kupas silibus yang disediakan. Banyak cerita pengalaman jugak. Tapi syiera suka. Sebab santai sangat. Sekali sekala beliau ada soal peserta jugak. Cuak tak? Cuak? Alahhhh, relax la. Soalan simple.

4.30 pm – 5.00 pm – LATIHAN DALAM KUMPULAN

Haaaa.. part last. Ada ujian pengetahuan asas Islam. Cuak lagi sekali tak? Alahhh sekali lagi. Tak payah cuak. Soalan basic je. Nak tahu tak? Okay, meh syiera bagi soalan bocor. Rasanya sama je satu Malaysia. Sebelum pegi boleh buat homework sikit. Hehe okay, nah. Soalan berkaitan bariskan kalimah syahaadah, rukun islam, rukun iman, sifat Allah SWT, nama-nama Malaikat, nama-nama Nabi, perkara yang membatalkan akidah, perbuatan yang diharamkan semasa hadas besar, perkara membatalkan wuduk, keadaan yang diharamkan pasangan bersama (jima’) dan soalan berkaitan talak. Tudiaaaaa... habis semua syiera kasi. Walaupun simple tapi ada jugak yang tak boleh jawab. Kena skor 80/100 untuk lulus katanyaaa. Punya la beriya syiera jawab. Last sekali ustaz tu cakap “ Tak payah jawab la. Dah lulus dah. Bawak balik rumah ja.” Haahahahaha.okay kena game dengan ustaz ni. Grrrrr.

Selesai penyampaian sijil perkahwinan kami bersurai. Yeayyy! Dah dapat sijil. Boleh kahwin dah. Okay tipu. Saja la syiera ambik siap-siap. Dengar cerita dalam masa terdekat ni satu Malaysia, kursus perkahwinan akan dijalankan selama lima hari. Bukan dua hari lagi. Tak tahu la bila akan dikuatkuasakan. Okay korang, semoga apa yang syiera cerita ni boleh kot jadi guideline sebelum pegi nanti. Yang bab ujian tu, don’t worry, ada negeri tak da pun. Tapi tak sure la. Pape pun buat homework dulu okay. Tata.


Sekitar dewan Luqman Hakim


Ujian Pengetahuan Asas Islam


Dah dapat sijil. Yeayyy.


Muka happy dapat sijil Hehe


Thanks for reading =)


WORDLESS WEDNESDAY : TRANSFORMERS YEAHH!



As-salam


Tak sabar nak tunggu transformers =)







Tuesday, 3 June 2014

SMILE GIVEAWAY BY SHAD





Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Giveaway ini dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh
Ekin SchmidtAna Solehah | Aimi Syafiqah | Izzat Syahir | Akma Khaieri |
  Nur AmeliaHajarNizam | Nur Intan | Hakimi | Rexylla | Tasha Aqisha
Syamimi dan Shad





1st Give Away by Mieyza Roslan













LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH




syiera tiada akaun pingje.org




Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih




Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20




Monday, 2 June 2014

Mrs Erry 2nd Giveaway






Jom join :)




 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page