Monday, 31 March 2014

Preview Hadiah Giveaway!!



Assalamualaikum

Terima kasih kepada sponsor yang baik hati untuk sponsor hadiah untuk korang.
Tepuk tangan sikit. Giveaway akan bermula pada 1 April sehingga 1 May 2014.

B.A.P Cap x 1 - Kpop Online Store

Naked 2 Pallete Eye Shadow x 1 - Noor Maslina


Shawl Sugarscaft x 1 - Arina Camaro

Herbalife Omega Fish Oil x 1 - Iu Hazirah

Handsock Lace x 1 - NIF Collection

Manicure Set x 2 - Mama Darwiish

 Bracelet Comel x 2 - Moon Izzan

Eyemask x 1 - Syiera


Rice Milk Soap Collagen x 1 - Syiera

BAWAL ROSE x 1 - Syiera

AKSESORI BOX x 2 - Nur Farahain
Notebook x 1 - Ryna Luvie
TOPUP RM5 x 1 - Ain Ruslee
TOPUP RM5 x 2 - Airis Arissa
TOPUP RM5 x 3 - Shadhira
TOPUP RM5 x 1 - Kasih Zara
TOPUP RM10 x 1 - Official Queen Typo
TOPUP RM5 x 4 - Ekin Razali







Friday, 28 March 2014

(Review) Cabaran 10 Hari Langsing Dengan SlimFast Diet



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, syiera diberikan peluang dan kesempatan untuk mencuba produk kurus yang berkesan keluaran My Beauty Herbs iaitu SlimFast Diet. Syiera di antara 40 orang blogger yang terpilih untuk mencuba sendiri serta membuat review selepas penggunaan selama 10 hari. Terima kasih kepada Kak Mialiana dan penaja utama My Beauty Herbs kerana memilih syiera.

APAKAH SLIMFAST DIET?

SlimFast Diet diformulakan secara baik di mana diperkaya dengan kandungan pelbagai seperti fiber oat, ekstrak acai berry, ekstrak garcinia cambogia, esktrak cassia augustifolia, hoodia dan raspberry bagi membantu untuk mengempiskan perut yang buncit, merawat sembelit, memantau selera makan serta membaikpulih kulit muka. Kordial istimewa ini mampu menurunkan berat 3 hingga 6 kilogram dalam masa yang singkat. Produk ini juga merupakan 100 % semula jadi dan produk muslim yang telah mendapat kelulusan Halal JAKIM & KKM. 

CARA MENGGUNAKAN SLIMFAST DIET

- Bancuhkan 1 paket ke dalam cawan
- Tuangkan 1/2 cawan air. Kacau hingga sebati dan minum!

Mudah kan??

Okay, sekarang tibalah masa untuk syiera menjalankan tanggungjawab dengan memberikan testimoni syiera sendiri. Apabila blog syiera diumumkan sebagai salah satu blogger yang terpilih, alangkah bahagianya. 14hb March yang lalu, pos laju sudah menghantarkan parcel daripada My Beauty Herbs. Ini kerana berat badan syiera selalu naik turun secara tidak konsisten dan tidak sekata. Cepat turun, cepat naik. Sebagai individu yang terlibat dalam industri pemasaran, tentulah imej dan penampilan diri adalah sangat penting dalam mempromosikan sesuatu produk dan servis. Syiera seringkali mengalami masalah dalam memilih pakaian yang sesuai ekoran bentuk badan yang agak berisi. Syiera percaya ramai di kalangan wanita yang menghadapi masalah yang sama seperti syiera bukan? Lebih-lebih lagi masalah di bahagian paha dan lengan. Jadi bagaimana cara Slimfast Diet membantu syiera untuk kurus dengan cepat?

Hari pertama iaitu 15hb March 2014, syiera mencuba buat pertama kalinya. Syiera menggunakan shaker untuk membancuh SlimFast Diet. Mungkin lebih sebati jika digoncang. Syiera lebih menggemari membancuh dengan air sejuk berbanding air suam. Ini kerana rasa raspberry yang sangat sedap dan masam-masam seperti minuman jus segar. Kesan pada hari pertama seperti mana yang syiera maklum sememangnya menggesakan syiera untuk ke tandas dengan lebih kerap. Tetapi sebenarnya proses detoksifikasi ini sangat bagus untuk kempiskan perut buncit. Hal ini kerana proses ini merupakan proses pembuangan toksin dari dalam badan kita. Proses detoksifikasi juga secara tidak langsung dapat membantu memperbaiki tahap metabolisme dan kemampuan tubuh badan kita dalam membuang toksin yang terhasil dari dalam tubuh secara baik. Produk SlimFast Diet sememangnya merupakan produk kurus yang berkesan bagi syiera. Perut syiera tidak mudah rasa lapar walaupun dengan hanya minum SlimFast Diet sahaja. Pada sebelah petang baru syiera menjamah nasi. 


Walaupun proses detoks agak kerap namun anda percaya sekiranya syiera katakan SlimFast Diet mampu merawat kulit kita? Ya, SlimFast Diet sangat berkesan bukan sahaja untuk melangsingkan badan tetapi kesan positif terhadap kulit syiera. Dahulu, kulit syiera seringkali berjerawat terutamanya apabila datang bulan. Bagaimana SlimFast Diet bertindak? Dengan pembuangan toksin. Toksin yang berlebihan merupakan salah satu punca kulit berjerawat. Alhamdulillah, kulit syiera semakin baik terutamanya di bahagian dahi. Dengan khasiat daripada buah raspberry, ia mampu menganjalkan kulit serta bentuk badan tampak lebih langsing. Berat syiera sebelum ni 62 kilogram. Setelah menggunakan produk SlimFast Diet, berat syiera sekarang adalah 57 kilogram. Penurunan berat sebanyak 5 kilogram dalam masa 10 hari!! Syiera ulang sekali lagi 5 kilogram dalam masa 10 hari.  Pada hari ketiga, syiera sudah turun 2 kilogram. Dan kelmarin baru syiera timbang, Alhamdulillah, 5 kilogram. Pipi syiera semakin slim berbanding sebelum ini yang agak tembam. Badan terasa lebih ringan dan langsing. Jadi sekiranya anda ingin mengetahui cara kurus dengan cepat, produk SlimFast Diet adalah jawapan yang paling tepat untuk anda.

TESTIMONI SYIERA



TESTIMONI PENGGUNA LAIN



UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

Mesej / Whatsapp : 01128090446

Konsultasi adalah PERCUMA!! 

SYIERA SUDAH CUBA, BAGAIMANA ANDA??


"Back Into Shape. Kembali Langsing"

Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.




Thursday, 27 March 2014

Up Next Review My Baeuty Herbs's Slimfast Diet.



Assalamualaikum


Alhamdulillah syiera dah habis mencuba slimfast diet selama 10 hari. Ada kesan ke tak? Nak tahu? Kena tunggu review syiera. Masih dalam penulisan. Just wait and see. 

Sponsor by
Kak Mialiana
My Beauty Herbs



p/s: Takziah kepada keluarga penumpang dan krew MH370. Sedihnya Ya Allah. Masih mengharapkan keajaiban berlaku. 



Wednesday, 26 March 2014

Gitarboys a.k.a Ninjaboyz Special Giveaway


Assalamualaikum

Jom join giveaway ni. Syiera saja cuba nasib. Cara mudah sahaja. 
Cara seperti di bawah:

CARA PERTAMA

CARA KEDUA

CARA KETIGA

CARA KEEMPAT

Gambarnya...


Hehehe tak berapa nak ninja. Bye :)


TAG:
kisahemasputih.com
akuainkausiapa.blogspot.com
lienliedot.blogspot.com
ikafalcon.blogspot.com
farrahmikhail.blogspot.com





SIMPLE TOPAP GIVEAWAY BY MISSEZZATIE



Assalamualaikum..
Giveaway ni hanyalah menawarkan hadiah topap sahaja.. 





Mencari 20 PEMENANG!!
Cepat2 Join!
Mana tahu rezeki korang kan!!







[REZEKI] Haunt Movie Passes Free !!



Assalamualaikum


Alhamdulillah dapat movie passes percuma daripada blogger Sunshine Kelly. Cita hantu ni. Insyaallah minggu ni atau minggu depan syiera pi tengok. Thank you Sunshine Kelly!

Terjah blog kelly 






Tuesday, 25 March 2014

"1st Giveaway By BCA"




joined !!





Monday, 24 March 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan




Assalamualaikum w.b.t. Syiera tertarik untuk join contest ni mungkin sebab tajuk bebas. Hehe dah macam karangan sekolah dulu. ‘Tajuk Bebas’. Tetapi syiera sebenarnya ingin mengabadikan serba sedikit kisah hidup tentang diri syiera sendiri. Tapi.. sebelum tu, syiera nak hampa baca cerita kat bawah ni dulu. Boleh kot nah panggil hampa (hampa = korang). Rasanya hampa pernah terbaca cerita ni di mana-mana. Layan dulu apa-apa pun.
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
(sumber : facebook Zizan Raja Lawak)
Pertama kali syiera baca cerita ini di facebook memang syiera bergenang air mata. Serius sedih bakhang. Hati sapa yang rock kental pun boleh kuntum aihhh. Ya, syiera memang letakkan situasi cerita ni macam cerita syiera tapi versi syiera laa. Cara yang sama macam si ayah dalam cerita ni. Nama ayah syiera ialah Mat Saman Bin Abdul Razak @ Dak. Orang dulu time sekolah selalu tanya,

“Hang ni ada kaitan dengan terusan Wan Mat Saman tu ka?”

Syiera tak larat nak tepis soalan macam ni. Sampaikan cikgu pun tanya jugak. Haih paling tak tahan hat ni syiera rasa paling tak boleh blah punya soalan. 

“Abang hang Adam AF tu ka? Sebab sama nama bapak.”

Kahkahkahkah berterabuq gelak ayah syiera bila syiera cerita. Memang tak dak kaitan langsung. Sebab paling kukuh, syiera takdak abang kandung. Abang ipaq ya ada. Abang hat lain.. tettt. Umur ayah syiera masuk ja tahun ni dah cecah 71 tahun. Tapi alhamdulillah kesihatan ayah baik belaka. Cuma biasa la sakit kaki (gout), kebas sana sini. Sebabnya ayah syiera ni degil sikit orangnya. Bagi ayah, kalau dia sakit lenguh badan kena buat kerja. Contohnya berkebun. Baru cergas katanya. Tapi semua tu mitos ja. Mai malam mesti makin teruk ada lah. Kalau kami adik beradik ada yang demam ka mesti ayah cakap, 

“Huh, penyegan (malas) mandi, macamana la badan nak cergas.” 

Hihihi tapi tu pun mitos jugak. Sebab syiera rajin mandi. Trust me :P Apa yang nak sama macam cerita di atas tu part yang si ayah nak bayar duit laptop tuh. Ada duit RM1, RM5, RM10 tu kan. Haa.. ni time syiera sekolah darjah 4. Kanak-kanak ribena lagi. Satu hari tu, ayah mai sekolah syiera. Nak bayar yuran sekolah. Seingat syiera masa tu RM40 lebih kot yuran. Tak ingat sangat berapa. Ayah syiera bayarkan duit yuran syiera dengan semua duit syiling dekat cikgu. Ayah syiera dulu seorang peniaga pasar malam. Jadi normal lah kalau ada banyak duit syiling. Yang membuatkan syiera rasa terkilan sikit iaitu pandangan mata makcik pakcik (waris pelajar lain). 
“salah kah ayah bayar guna duit syiling?” 
“duit syiling bukan duit jugak ke?”

Itu antara persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran syiera. Mungkin mereka pikir ayah syiera ni pecahkan duit tabung untuk bayar yuran. Sebab tu tak guna duit kertas je. Tidak sama sekali!! Ayah syiera guna duit syiling sebab ayah tak suka pecahkan duit RM50. Katanya nanti terbelanja lebih. Bukan sebab ayah takdak duit. Dengan rezeki yang Allah berikan pada masa tu alhamdulillah cukup untuk family syiera.
Pada tahun 2010, penghujung tahun tak salah. Ayah syiera jatuh sakit. Terlantar di hospital selama hampir sebulan disebabkan sakit saraf di bahagian leher. Puncanya buah kelapa terjatuh di bahu masa ayah tengah kait. Yaa, hanya Allah saja tau bertapa sedihnya hati syiera masa tu. Dugaan tiba betul-betul masa syiera baru masuk degree. Disebabkan tu, keluarga syiera decided yang ayah tak dibenarkan lagi untuk kerja. Ayah dah tak mampu dengan usia ayah yang sudah semakin bertambah. Siapa yang tanggung kami sekeluarga? Jawapannya superwomen mak. Mak syiera seorang tailor. 

Sepertimana sedia maklum, pendapatan seorang penjahit baju tidak tetap. Orang ambil baju, ada la upah. Setengah tu ada yang ambil baju dulu bayar kemudian. Tunggu gaji la, itu lah. Sampaikan yang tak bayar pun ada. Sedih bukan dengan orang macam ni. Penat mak bersengkang mata menjahit. Sepanjang syiera study, alhamdulillah ditanggung sepenuhnya oleh PTPTN. Masuk ja duit dalam akaun, syiera tak pernah lupa hulur dekat mak. Bukan nak tunjuk yang syiera ni anak yang baik. Cuma mak perlukan modal untuk menjahit. Nak bayar yuran adik-adik lagi. Bil elektik yang tertunggak lagi. Semua tu nak kena pikir. Elektik takdak macamana mak nak menjahit. Tapi alhamdulillah syiera dapat harungi dugaan ni dengan tabah. Sebabnya ayah pernah cakap dekat syiera,
“dulu kak hang belajaq dia senang. Sebab ayah boleh dok keja lagi. Mai time hang, hang susah sebab ayah dah tak keja lagi. Ayah harap hang boleh sabaq”
Kata-kata ni masih terngiang di telinga syiera. Bergenang lagi air mata. Sebab ayah suruh sabaq la, syiera berjaya tamatkan pengajian tahun ni. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, syiera dah habis degree. Bulan Mei ni dah nak konvo. Apa yang syiera nak cakap, hampa jagalah mak ayah hampa elok-elok. Jaga tak semestinya dengan duit ringgit. Cukup sekadar hampa ada di samping mereka pun dah cukup besar bagi mereka. Syiera cakap ni sebab syiera sedar syiera bukan dari kalangan keluarga yang berada. Pernah jatuh tapi bangkit semula. Walaupun sakit tapi bangkit tu perlu. Harapan syiera, syiera dapat balas jasa mak ayah syiera. Depa (mereka) dah cukup susah nak membesarkan anak macam syiera ni. Ketegaq (degil) serupa macam ayah dia. Hehehe. Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang mungkin tak seberapa ni. Assalamualaikum :)



Segmen Bloglist 2 Bulan April To June




joined :)

Couple Chocolates Cookies Contest by akugadishijabista.blogspot.com





joined!!




LIKE & WIN CONTEST



Assalamualaikum w.b.t
contest like & win

tekan banner di atas untuk menyertai 
-kelebihan join giveaway ini
+ dapat hadiah topup jika anda bertuah
+dapat masuh group MA BLOG
+ dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger
+ dapat meninggatkan traffic blog
+ dapat meningkatkan lagi jumlah followers

apa yang anda tunggu lagi..cepat join sebelum tamat 
sekian.





Awesome Giveaway By Kiera Rashid




Assalamualaikum

TAMAT 10/4/2014


***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^





MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah


Assalamualaikum


support GA ni :)







Saturday, 22 March 2014

First GA by HarxenHarley


Assalamualaikum


Instagram: @syieraa_shieraa

Tarikh tamat GA : TAMAT BULAN MAC







Thursday, 20 March 2014

Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor




ASSALAMUALAIKUM :)

Jom meriahkan Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor!! Top refferal RM 50 x 2 serta pelbagai hadiah yang sweet untuk dimenangi.

Giveaway Blog
Clik banner untuk join!

14/03-14/04 2014
Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor ditaja oleh:

Segmen Kenali Sirah Rasulullah Saw




Assalamualaikum


Rasulullah Saw ( Nabi Muhammad ) dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal ( 20 April 571 Masihi ) di Makkah. Nama bapa baginda ialah Abdullah Bin Abdul Muthalib manakala ibu baginda bernama Aminah Binti Wahab. Ibu susuan baginda pula bernama Halimatus Saadiah.
Baginda telah dijaga oelh Halimatus Saadiah selama 4 tahun. Semasa di dalam kandungan, bapa baginda telah meninggal dunia. kemudian ibu baginda pula meninggal dunia.
Baginda kemudian dijaga oleh datuknya. Apabila dewasa, baginda digelar Al - Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda kemudian berkahwin dengan Siti Khadijah.
Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda sering pergi ke Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang gemar menyembah berhala.
Atas perintah Allah SWT, pada 17 Ramadhan  malaikat Jibrail datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan menyebut " bacalah " namun baginda tidak dapat membacanya. Baginda berasa takut dan segera pulang ke rumah.  
Selepas menyedari baginda merupakan seorang Rasul, akhirnya selama 3 tahun baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan sahabat terdekat. Kemudian, Allah SWT memerintahkan baginda berdakwah secara terang-terangan.
Pelbagai tentangan dihadapi dari kaum Quraisy. Ada yang merancang untuk membunuh baginda. Lalu kemudian Allah SWT telah mememrintahkan baginda berhijrah ke Kota Madinah.
Pada 12 rabiulawal 11 Hijriyah, Rasulullah Saw telah wafat ketika baginda berusia 63 tahun dan dimakamkan di Kota Madinah.
Sabda dan pesan baginda kepada seluruh umat manusia :
“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak akan kamu sesat selamanya
dan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

Segmen Kenali Sirah Rasulullah ini diilham dan dianjurkan oleh Blogger Nilam  dan disokong oleh Zaza Zehra. Tamat pada 30 Mac 2014.







Tuesday, 18 March 2014

Awesome Giveaway by FatinDiana




TAMAT 24 / 3 / 2014
JOM JOIN !!








[CHURP CHURP] Done Cash Out



Assalamualaikum


Alhamdulillah. Setelah sekian lama syiera berkecimpung dalam dunia blogging, ni kali pertama syiera cash out churp churp syiera. Baru nak cash out.Orang lain dah 10 kali cash out. Hehe. Pagi tadi terbuka hati nak cash out. Insyaallah cheque bakal diterima bulan May nanti. Lama bebenor. Tapi its okay. Lambat asalkan dapat. Nuffnang insyaallah nanti. Mungkin nanti la cash out. Thank you kepada blogger yang sudi dok ketik ketik nuffnang syiera. Nanti syiera pi ketik jugak.







Monday, 17 March 2014

Hadiah SlimFast Diet dah sampai!!



Assalamualaikum

Petang tadi abang pos laju ketuk pintu. Tengok-tengok dah sampai hadiah daripada Giveaway kak Mialiana. Yeay. Sukanya syiera. Comel sangat packaging. Maybe sebab pink. Haha So nantikan review syiera selepas 10 hari mengguna SlimFast Diet. Excited. Harap berkesan  ^^

Terima kasih penaja utama My Beauty Herbs & Kak Mialiana !

++++++++++++++++++++++++++++++++
PROMOSI MONOPOD


Suka selfie? Meh beli monopod.
Available colour: biru, pink, hitam

- Make sure smartphone ada timer. Kalau tak, tak boleh selfie. Hehe
- Lebar smartphone yang boleh fit kurang 8.5cm. Ukur dulu hp masing-masing la jawabnya. Note 2 fit. Tab tak boleh sebab besar.
- Adjustable closes-extends. Minimum panjang dia 20cm. Maximum panjang 97cm.
- Fits in pocket.

HARGA RM55 FREE POSTAGE

Nak? Wasap/PM Syiera 013-449 7249
No booking. Stock limited.






Saturday, 15 March 2014

Giveaway Double Stemcell by Call me Zai



Assalamualaikum

Tekan banner

Sebenarnya dah lama syiera nak try produk Double Stemcell tapi kekurangan bajet. Yelah untuk kesan yang efektif pengambilan sesuatu produk mestilah secara konsisten. Jadi bila ada blogger Zai yang baik hati nak kasi free, syiera masuk jelah. Dah alang-alang kan, mana tau rezeki. Amin..

APAKAH KEBAIKAN DOUBLE STEMCELL?
Double Stemcell membekalkan nutrient bagi membantu merangsang pertumbuhan dan pengantian sel sel baru serta pembaikan sel lama ( yang telah rosak/cedera ) dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan. Dengan pengambilan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta memperbetulkan masalah/penyakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan badan. Manfaatnya akan terserlah pada kulit, wajah dan bentuk badan seseorang. Badan akan sentiasa cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.


KEUNIKAN DOUBLE STEM CELL :

- Cara pemakanan yang unik dan mudah diamalkan, terus diserap ke salur darah

- Memenangi Anugerah Europe Innovation 2008 & 2012
- Dapat pengiktirafan GMP, HALAL, SIRIM
- Ada Perlindungan Insurans RM 3 Juta


Amatlah disyorkan kepada mereka yang  mempunyai masalah seperti berikut :

* Gout
* Sakit saraf/sendi dan lenguh2 tulang
* Buasir/sembelit
* Kencing manis
* Darah tinggi
* Lemak darah
* Anemia
* Kulit sensitif
* Sistem penghadaman lemah
* Kerap demam selsema
* Mudah letih dan badan lemah
* Tekanan/stress
* Kolestrol tinggi
* Masalah kulit kronik


CARA PENGAMBILAN :
- Tuang 1 sachet ke bawah lidah, kemam 15-20 saat sehingga serbuk cair dan meresap. Minum segelas air suam/masak. Sebaiknya amal masa perut kosong, sebelum sarapan.
- Bagi yang berpenyakit kronik, boleh 
ambil 2 sachet sehari, pagi dan malam.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita, ibu 
menyusui bayi atau hamil, vegetarian serta kanak2.
- Banyakkan pengambilan air bersih 
sepanjang hari untuk proses penyingkiran toksin.

KESAN PENGAMBILAN DOUBLE STEMCELL :

- Mencerah & menggebukan kulit wajah dan 
badan.
- Membantu mengurangkan kedutan pada 
kulit
- Menghapuskan jerawat dan parut.
- Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit
- Membantu menjadikan kulit halus, licin 
dan anjal
- Menghilangkan masalah minyak 
berlebihan
- Melembapkan dan menganjalkan kulit.
- Meningkatkan daya penyerapan kolagen 
oleh badan
- Merangsang badan menghasilkan lebih 
kolagen
- Membantu menguatkan sendi dan tulang
- Membantu bertindak sebagai anti 
penuaan
- Agen antioksidan
- Menjaga kesihatan dan jantung
- Mengurangkan risiko kanser & penyakit 
lain.

TESTIMONI

Triple Stem cell Spray
Triple Stem cell Shine



Menarik kan? Jadi sekiranya berminat boleh order dengan pengedar yang sah. Dengan blogger Zai pun boleh. Terima kasih kerana sudi membaca :)






CONTEST KONGSI


Assalamualaikum

Tekan banner untuk join

Gambaqnya adalah....

Kongsi bedak tanaka. Hahahahaha malu nak letak tapi hentam jelah.
Harap menang. Bye :P

TAMAT 23/3/2014




 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page