Monday, 1 September 2014

LULU SI KUCING KUAT MAKAN



Assalamualaikum


Bunyi tajuk pun dah macam tajuk karangan budak sekolah. Hah. Lantak lahai. Syiera memang pencinta kucing sejak daripada kecik. Time sekolah dulu selalu kutip mana-mana kucing melintas depan mata. Dulu syiera pi sekolah naik gerek. Tau gerek? Orang kedah panggil basikal 'gerek'. Basikal yang ada raga depan tu. Hihi. Pernah terjumpa kucing putih. Lingkungan umur lebih kurang 3 bulan kot. Kecik lagi kucing tu. Dah comel syiera amik la. Sampai rumah ja kena marah dengan mak. Mak selalu marah kalau syiera kutip kucing. Sebab apa. Sebab kat umah dah banyak kucing masa tu. Ada dalam 14 ekor. Dah beranak pinak tu yang ramai. Tak larat bela mak cakap. Haha 


Makin lama makin kurang kat umah. Ada yang dah mati. Ada yang hilang tak tau pi mana. Orang tua cakap kalau hilang maknanya kucing tu nak mati jauh2 sebab tak nak tuan dia sedih. Yeke? Entah. Ada yang bagi dekat orang. Ada yang kena pos ke market (ayah buang T.T). So sekarang yang tinggal hanya dua ketul je. Dua ekoq hehe syiera suka cakap dua ketul. Ryan dengan Lulu. Nama tak nak kalah. Macam mat saleh. Haha.




Lulu ni kalau ikut usia dia lebih kurang setahun. Muda lagi. Sebab masa syiera mula bela awal tahun ni memang kanak-kanak riang lagi. Keja nak main ja. Semua benda yang ada depan mata dia, dia main. Kaki syiera pun dia main. Heee.. Satu benda yang pelik pasal lulu, dia suka makan belacan. Yes belacan. Kalau belacan hilang kat dapur dah tau dah sapa punya keja. Dia lah. Boleh makan sampai habis. (~_~メ)


Makan ni tak payah cakap lah. Sentiasa lapaq. Omg. Stress. Tak larat bagi makan. Dah tu tak pala. Dia suka berbunyi. Kalau pandai cakap mesti dah faham dia cakap apa. Sepanjang masa nak bising. Naik pening jugak. Mak syiera cakap stepler mulut nak? Hahahaha.. Baru-baru syiera timbang berat lulu. 4kg!!!! Gila berat budak ni. 



Berat sebab dia bunting. Anak ryan. Lol. Hahahaha. Dah lama rasanya dia bunting tapi tak letup lagi. Rasanya dah hampir 3 bulan. Haha lama kan? Mak cakap kot dia 9 bulan kot. Hahahaa. Mak buat lawak. Tak sabaq syiera nak jadi nenek. Haha 






Wednesday, 13 August 2014

WORDLESS WEDNESDAY : Pray For Gaza




As-salam



Shame on you Israel. Mercy please :(






Nike Sneaker Untuk Dijual !!




Assalam



NIKE SNEAKERS (unisex)

NEW. TAK PERNAH PAKAI. BARU BELI.

Reason to sell: Tak padan. Kaki kecik 
Size: 8.5 uk (8 pun boleh) / 43@44 euro


RM100 FREE POS SM
ADD RM10 SS



No booking. Sapa cepat dia dapat. 
Design lawa with army pattern. Serious buyer only.


Whatsapp/Wechat syiera
013-4497249



p/s: lolitafairytalecloset tu instashop syiera. hehe





Tuesday, 12 August 2014

(REVIEW) CMC ATAU BELLA FORMULA SINUS CURE ?




As-salam


Haih, lama nau syiera tak tulis entry ye. Last update 3 Ogos hari tu. Haha.
Minta maaf lah, syiera busy sangat dengan bisnes. Memang tak sempat nak belek. Inshaallah syiera akan luangkan masa syiera lepas ni. Syiera masih sayangkan dunia blogging ni. Okay, back to our topic.


CURCUMA MANGGA CURE ATAU BELLA FORMULA SINUS CURE?


Korang ada masalah seperti di bawah tak?

Gatal-gatal di bahagian muka? Hidung?
Bersin setiap kali sejuk?
Jerawat kronik?
Kurang pendengaran?
Nafas berbau?
Bersin bila makan seafood?


Ada? Ada takkkk??? Ada angguk sikit. Haa.. ni tanda korang ada masalah resdung.


Syiera sememangnya mempunyai masalah resdung yang agak teruk. Terutamanya bila bangun tidur bersin, nak tidur bersin. Kalau hari hujan lagi la. Asyik nak bersin je. Bukan selsema tapi memang resdung. So, syiera challenge diri syiera untuk guna kedua-dua produk ni. Syiera memang jual dua-dua produk ni. Jadi, sebagai seller selalu sangat lah customer tanya yang mana paling bagus? Yang mana berkesan? 


Testimoni Syiera - Curcuma Mangga Cure (Full Pack)








Cmc ni ada dua jenis iaitu cmc half pack dengan cmc full pack. Apa bezanya? Bezanya hanya pada warna kapsul dan jumlah kapsul sahaja. Keberkesanan adalah sama. Yang half pack ada 30 biji. Full pack ada 60 biji. Syiera guna yang full pack. Okay, here we go. Hari pertama syiera guna, still lagi terasa gatal-gatal di hidung. Seminggu lepas tu, masalah resdung syiera berkurang cuma masih bersin kalau sejuk. Jadi, syiera assume cmc kurang berkesan dengan syiera. Tetapi.. Tetapiiii... cmc ni bagus untuk jerawat. Tau tak yang cmc ni boleh buat mask? Korang kopek je kapsul dia dan kuarkan isi kapsul tu. Then titikkan beberapa titis air. Lepas tu sapu dekat jerawat. Syiera pernah buat. Yeay! Dua hari lepas tu jerawat kecut. Tak jadi nak membesar. Hah!





Testimoni Syiera - Bella Formula Sinus Cure




Sinus cure ni produk bumiputera daripada Penang. Produk ni agak famous walaupun cmc merupakan produk resdung NO.1 di Malaysia. Sebotol ada 30 biji. Tetapi yang syiera jual ada 40 biji. HQ Promotion uols! Sehari kena telan dua biji selepas makan malam sama macam cmc jugak. Tapi syiera telan sebiji pagi dan sebiji malam. Jenis tak boleh makan ubat ni. Hahahha. Selepas tiga hari syiera guna, Alhamdulillah masalah resdung syiera dah kurang. Memang tak bersin dah lepas tiga hari. Kalau makan belacan pun tak gatal hidung dah. Wow, syiera kagum gilos dengan produk ni. Jerawat pun berkurangan. Yes, jerawat disebabkan resdung kalau korang tak tau. Resdung yang teruk boleh menyebabkan jerawat terutamanya di bawah dagu atau belakang badan. Syiera pernah hampir demam selsema disebabkan kena hujan. Tapi Alhamdulillah lepas telan dua biji, esok pagi hingus dah kering. Tak jadi demam. Hahahaha.





Jadi, yang mana bagus dan berkesan? JAWAPAN SYIERA IALAH BELLA FORMULA SINUS CURE. Tetapi.. perlu diingatkan ubat sebenarnya berkesan mengikut metabolisma individu masing-masing. Tak semestinya cmc tak berkesan. Ada je customer syiera yang guna berkesan. Ubat ni ikut keserasian dengan badan kita. Macam ubat demam la, sesetengah ubat klinik tak kebah demam kan bila makan? Tapi ada klinik bila makan ubat dia lega demam. Haaa.. lepas kurang gitu la perumpamaan. Mungkin badan syiera lebih serasi dengan Bella Formula Sinus Cure.


Nak beli?

BELLA FORMULA SINUS CURE
RM40 SM
RM45 SS

CURCUMA MANGGA CURE

HALF PACK
RM40 SM
RM45 SS

FULL PACK
RM70 SM
RM75 SS

FREE POSTAGE UOLSS!!

Boleh whatsapp/wechat syiera
+6013-449 7249







Sunday, 3 August 2014

(11 GAMBAR) YANG MANA SATU BILIK TIDUR IDAMAN?




As-salam


Dalam banyak-banyak ni yang mana korang suka? Semua cantik-cantik. 
Yang unik pun ada. Hehe

Sila layan mata :)































Thursday, 17 July 2014

Review Selepas 30 Hari : Ephyra Ternyata Berkesan!




Assalamualaikum




Pada 13th June yang lalu, syiera telah menerima parcel daripada Nationwide iaitu Ephyra. Excited betul syiera masa menerima Ephyra. Yelakan syiera tengok gempak sangat testimoni especially syiera lihat perubahan Kak Mialiana. Memang berkesan. Syiera diberikan masa selama sebulan untuk mencuba sendiri supplement Ephyra.


APA ITU EPHYRA?

Produk minuman berperisa oren buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dengan ramuan yang telah diadun sempurna seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport bagi memelihara kecantikan dalaman dan luaran.


SIAPA YANG MEMERLUKAN EPHYRA?

- Wanita
- Lelaki
- Berumur 4 tahun ke atas
- Ibu menyusu dan ibu mengandung (5 bulan ke atas)


ISI KANDUNGAN EPHYRA?



APAKAH KEISTIMEWAAN EPHYRA?

Ramai orang ingat yang ephyra cuma mengandungi kalogen ikan laut dalam, sebenarnya kandungan yang paling aktif dan banyak memainkan peranan penting yang memberi kesan yang nyata kepada pengguna adalah disebabkan astaxanthin iaitu 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C.


KEBAIKAN EPHYRA


- Sesuai untuk lelaki dan perempuan
- Anda dapai merasai kesan dalam 10 hari
- Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
- Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
- Merawat serta mencegah jerawat
- Mengecilkan liang roma
- Merawat Eczema
- Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
- Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
- Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
- Menyembuhkan luka dan mencegah parut
- Mengawal nafsu makan dan melangsingkan tubuh badan


CARA MENGGUNAKAN EPHYRA?

Bancuhkan satu paket dengan air suam atau sejuk. Syiera guna air sejuk sebab SEDAPPP !!
Sehari satu sachet sudah cukup. Kalau dua paket lebih berkesan !!


TESTIMONI SYIERA

CANTIK

Sebelum ni syiera mengalami masalah jerawat di bahagian dahi. Kerap juga jerawat timbul di sekitar dahi berbanding bahagian yang lain. Tambahan pula pada 27th June lalu, syiera telah melangsungkan majlis pertunangan, jadi wajarlah sekiranya syiera ingin tampil cantik dan flawless pada hari istimewa tersebut. Setelah syiera menggunakan Ephyra, Alhamdulillah masalah jerawat semakin baik. Percaya atau tidak jerawat syiera mengecut selepas TUJUH HARI syiera menggunakan Ephyra. Wow! Syiera bersyukur sangat tiada sebiji jerawat pun semasa pertunangan syiera.


SIHAT

Dari aspek sihat pula, syiera mengalami masalah sengugut yang agak teruk. Rasanya ramai wanita yang bermasalah seperti syiera. Kadang-kadang dek terlalu sakit, syiera mudah pitam dan hilang selera makan. Selain itu, syiera mempunyai masalah keguguran rambut yang agak merungsingkan. Setelah sebulan syiera consume, masalah period pain semakin baik serta kuantiti keguguran rambut semakin berkurangan.


BERTENAGA

Dalam banyak-banyak masalah, syiera mempunyai masalah kesukaran untuk tidur malam. Syiera boleh dikatakan mengalami insomnia yang agak kronik. Disebabkan syiera tidak dapat rehat yang mencukupi, badan syiera mudah lesu pada siang hari. Yang paling ketara sekali, kesan gelap pada bawah mata. Tapi bila dah consume Ephyra selepas seminggu, syiera dapat tidur lebih sempurna. Alhamdulillah, masalah insomnia kini tiada lagi. Semakin senang syiera lelapkan mata. Kesan eyebag semakin cerah. Dan tidak perlu nak tutup dengan mekap lagi. Yeay!


SELEPAS SEMINGGU 

Jerawat kecut

Eyebag semakin berkurangan


SELEPAS DUA MINGGU

Semasa pertunangan syiera


SELEPAS SEBULAN





TESTIMONI PENGGUNA LAIN





MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH EPHYRA ?

MEMPUNYAI SIJIL HALAL JAKIM


MENDAPAT KELULUSAN KKM





SYIERA SUDAH CUBA, ANDA BILA LAGI ??
TERIMA KASIH EPHYRA




UNTUK TEMPAHAN/PERTANYAAN LANJUT

Official Website: http://oceanlife2u.com
Official Instagram: http://www.instagram.com/ephyra2u
Hotline: 04 4141 7889
SMS: 019 3999 238
Email: info@oceanlife2u.com



CANTIK TAMPAN DUTA EPHYRA,
WAJAH INDAH LAGI BERSERI,
BERTUAHNYA BADAN EMPUNYA SYIERA,
DAPAT TORAI EPHYRA YANG DIBERI,


SEBULAN SUDAH MASA DIBERI,
TIBALAH MASA UNTUK TESTIMONI,
TERIMA KASIH DI ATAS PELUANG YANG DIBERI,
MANA NAK TAU KALAU ADA REZEKI LAGI NI.. 










 ***DILARANG UNTUK COPY & PASTE TANPA KEBENARAN***







Wednesday, 16 July 2014

It's July Giveaway





Klik banner untuk join!

Banyak hadiah disediakan. Mencari pemenang masing-masing. Kalau nak jadi salah seorang daripadanya, mehh pakat join giveaway ni!

Antara hadiah yang disediakan ialah cash RM50, Pretzel cookies, Shawl, Blouse and many more.
Anda mungkin orang yang bertuah itu! Mehh join :D






Tuesday, 15 July 2014

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY





Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.







Ramadhan Giveaway By Miss Cadburry





Klik SINI untuk join

Hadiah : 

First place [ random ]
Novel RM50x2

Second place [ random ]
Novelx1

Random.org
Novelx2++






Saturday, 12 July 2014

NUFFNANG : CPUV PERTAMA JULAI



Assalam


Terima kasih nuffnang. Walaupun syiera jarang update blog still lagi sudi bagi. Hehe. Mohon click kalau nampak dok menari2. Tenkiu ♥♡








RESEPI BISKUT OAT



As-salam



Senang ja. Copy paste daripada instagram syiera. Hehe.. Selamat mencuba �☺☺☺








Wednesday, 9 July 2014

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ




THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ


Jemput join GiveAway ni ramai-ramai ! Para peserta berpeluang memenangi hadiah best seperti monopod ,produk shaklee,tudung bawal,purse,kain sulam,crystal brooch dan banyak lagi ! 

KLIK BANNER ATAU KLIK SINI UNTUK JOIN








Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih





As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]











Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe




Join jugak :)







Wednesday, 2 July 2014

WORDLESS WEDNESDAY: LAWAK YUSUF TAIYOB








Monday, 30 June 2014

AKHIRNYA..KAMI BERTUNANG



As-salam


Alhamdulillah.. syiera dah selamat bergelar tunangan orang pada 27 June yang lalu. Dah masuk tiga hari la kalau ikut pengiraan. Sebenarnya perancangan untuk bertunang last minute. Encik tunang bagitau syiera dua minggu sebelum tarikh 27th tu. Ya Allah.. bila fikir balik sempat ke nak buat persiapan. Syiera relax lagi. Yang terkejut sikit mak syiera. 


"Mak, kalau syiera bagitau ni marah tak?"
"Bagitau apa?"
"Ada orang masuk minang" *sambil muka merah malu*
"Hmm nak marah pasaipa. Masuk lah."

Okay. Mak cool lagi masa ni.. Then..

"Kalau syira bagitau lagi ni marah tak?"
"Apa dia? Habaq la"
"Depa nak mai hujung bulan ni"
"Ha?? Lagi dua minggu??"


Tapi alhamdulillah setelah berbincang dengan famili, semua setuju. Yelah, dah orang nak masuk meminang takkan nak ditolak pulak. Ayah syiera paling cool. Tenang ja masa syiera bagitau. Daddy cool la katakan. Sepanjang persiapan dibuat, syiera banyak dibantu oleh kakak syiera. Dia lah yang bawak syiera ke hulu hilir. Cari barang hantaran dan langsir semua. Bahagian juadah syiera serahkan kepada ayah syiera. Bagi duit dekat ayah, settle. Ayah lagi expert bab kenduri.


Syiera bersyukur sebab ada saudara mara yang baik hati nak sponsor hantaran. Mula-mula syiera nak beli je dulang hantaran, tapi kawan mak cakap tak payah. Guna yang anak dia punya dulu. Alhamdulillah dapat sponsor lagi. Berapa yang syiera belanja untuk tunang? Hampir RM1000 jugak. Tapi alhamdulillah, hasil rezeki sepanjang syiera berbisnes online, so masalah kewangan tu tak timbul sangat. Masa yang menjadi kekangan dalam syiera nak buat persiapan dan bisnes lagi. 


Tiba hari pertunangan, perasaan tu semakin berdebar-debar. Ada juga timbul perasaan ragu-ragu dua tiga hari sebelum tunang. Tapi bila teringatkan pesan mak yang syaitan akan hasut kita supaya timbul ragu dan was-was terus syiera lempar jauh-jauh semua perasaan negatif ni. Mekap pada hari tu, syiera sendiri yang mekap. Sebab encik tunang tak suka mekap tebal-tebal. Baju? Syiera beli yang siap punya. Simple je. Fabrik lycra selesa dan ada manik sikit dekat bahagian perut dan pergelangan tangan baju. Masa rombongan lelaki tiba, sekejap je dorang bincang. Tak silap syiera lepas 10 minit, syiera dipanggil keluar untuk disarungkan cincin. Haaa.. masa ni la Allah je tau betapa gementarnya syiera. Alhamdulillah.. semuanya selesai seperti yang syiera rancang. Finally, we're officially engaged after 11 years. Syukur.

Nervous gila time ni.. hehe

Salam yang agak lama. 
Nak bagi dorang tangkap gambar la katakan. Haish.

Part ni pun lama jugak dok pose macamni..

Ini lah mak syiera. Sama tak muka?

Hantaran daripada kedua-dua belah pihak

Pelamin hasil dekorasi kakak

And lastly......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Ni lah encik tunang syiera ☺☺




SEKIAN. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.







 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page